Alhamdulillah..keputusan UPU adik aku sudah pun keluar.Adik aku ditawarkan tempat ke UMT dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sain (Biologi). Walaupun aku mengharapakan adik aku mendapat tempat di UiTM kerana yuran disana lebih murah namun mungkin rezeki dia di UMT. Masih terpikir berkaitan apa la bidang yang ditawarakan ini.Moga dia dapat bawa diri dalam bidang ini.Insyaallah.
Hari ni aku pergi ke Tabung Haji untuk keluarkan duit simpanan aku berjumlah RM2000 untuk pembayaran pengajiannya. Kebiasaan aku dulu tiap kali hendak masuk sama ada ke MRSM, Matrikulasi dan UiTM, waktu tu mesti ada masalah duit. Dari aku masuk MRSM,kemudian matrikulasi dan sehingga ke UiTM,sekali-kali aku tidak akan lupa bagaimana susahnya keluarga aku mencari duit untuk menampung pengajian aku ketika itu. Aku masih ingat lagi ketika mencari duit untuk membayar yuran pendaftaran UiTM.2 atau 3 orang juga abah aku telefon semata-mata nak pinjam duit untuk bayar yuran yang berjumlah RM600 lebih. Waktu tu aku termenung sendirian mengenangkan masalah yang sering timbul bila aku nak sambung pengajian. Aku tidak akan sekali-kali lupa.
Semalam abah aku telefon tanya pasal yuran pengajian tu.Bila aku sebut RM1747.00,abah aku terkejut sebab yuran aku dulu agak murah berbanding sekarang.Ye.Yuran UiTM dengan universiti lain memang banyak jauh bezanya.Termenung juga bila abah aku cakap,"Mano nak cari duit ni yih"."Tak pe bah,guno duit kito dulu ",jawab aku Alhamdulillah sekarang sedikit beban tu berkurang bila aku sudahpun membuat simpanan sebahagian dari gaji aku.Rasa cukup untuk menampung persiapan pengajian adik aku ni walaupun rasa agak mahal juga yuran tu berbanding aku dulu.Walaupun kadang-kadang "sedikit" berat hati juga ketika aku masih "pulun" habisan mengejar "saving" sehingga bersamaan 3 bulan gaji.Namun aku redha dan menganggap masa ini untuk berbakti kepada ahli keluarga sendiri.
"Ya Allah,engkau permudahkanlah urusan keluargaku ini Ya Allah"
No comments:
Post a Comment