Tuesday, 4 October 2016

SEMANGAT YANG HILANG




Semangat,
Ada masa semangatku tinggi,
Ada masa ku begitu bersemangat untuk berubah diri,
Ada masa ku begitu bernafas untuk memacu diri kehadapan,
Ada masa ku begitu teruja melihat insan-insan yang berjaya

Entah mengapa tidak semena-mena semangat itu semakin pudar.

Hidup,
Ada masa ku rasa matlamat hidupku semakin jelas,
Ada masa ku rasa hidupku semakin hari semakin positif,
Ada masa ku rasa hidupku berada di jalan benar

Entah mengapa tidak semena-mena hidupku semakin tak keruan!

Fikiran berserabut, hati tak tenteram, hidup seolah-olah tak bertujuan.

Ku mampu rasa hatiku sakit..

Ada masa ku rasa sesat dalam dunia sendiri. Tidak jumpa jalan keluar..

Ada masa ku rasa mahu saja mengembara. Melihat dunia luar. 

Entah mengapa ku rasa seperti seorang "maze runner".

Seorang runner dalam sebuah maze yang tiada jalan keluar..

Tuhan,
Tunjukkan aku jala yang lurus,
Keluarkan aku dari kekusutan

Hanya mampu ku sebut,

Hasbunallahu Wani' mal wakil..

Sesungguhnya kepadaMu sahaja ku berserah..



Friday, 14 August 2015

PERSIAPAN UNIVERSITI ADIK

Alhamdulillah..keputusan UPU adik aku sudah pun keluar.Adik aku ditawarkan tempat ke UMT dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sain (Biologi). Walaupun aku mengharapakan adik aku mendapat tempat di UiTM kerana yuran disana lebih murah namun mungkin rezeki dia di UMT. Masih terpikir berkaitan apa la bidang yang ditawarakan ini.Moga dia dapat bawa diri dalam bidang ini.Insyaallah.

Hari ni aku pergi ke Tabung Haji untuk keluarkan duit simpanan aku berjumlah RM2000 untuk pembayaran pengajiannya. Kebiasaan aku dulu tiap kali hendak masuk sama ada ke MRSM, Matrikulasi dan UiTM, waktu tu mesti ada masalah duit. Dari aku masuk MRSM,kemudian matrikulasi dan sehingga ke UiTM,sekali-kali aku tidak akan lupa bagaimana susahnya keluarga aku mencari duit untuk menampung pengajian aku ketika itu. Aku masih ingat lagi ketika mencari duit untuk membayar yuran pendaftaran UiTM.2 atau 3 orang juga abah aku telefon semata-mata nak pinjam duit untuk bayar yuran yang berjumlah RM600 lebih. Waktu tu aku termenung sendirian mengenangkan masalah yang sering timbul bila aku nak sambung pengajian. Aku tidak akan sekali-kali lupa.

Semalam abah aku telefon tanya pasal yuran pengajian tu.Bila aku sebut RM1747.00,abah aku terkejut sebab yuran aku dulu agak murah berbanding sekarang.Ye.Yuran UiTM dengan universiti lain memang banyak jauh bezanya.Termenung juga bila abah aku cakap,"Mano nak cari duit ni yih"."Tak pe bah,guno duit kito dulu ",jawab aku Alhamdulillah sekarang sedikit beban tu berkurang bila aku sudahpun membuat simpanan sebahagian dari gaji aku.Rasa cukup untuk menampung persiapan pengajian adik aku ni  walaupun rasa agak mahal juga yuran tu berbanding aku dulu.Walaupun kadang-kadang "sedikit" berat hati juga ketika aku masih "pulun" habisan mengejar "saving" sehingga  bersamaan 3 bulan gaji.Namun aku redha dan menganggap masa ini untuk berbakti kepada ahli keluarga sendiri.

"Ya Allah,engkau permudahkanlah urusan keluargaku ini Ya Allah"